Dalam sesebuah perhubungan , tidak salah ada perasaan marah atau cemburu kerana ia sudah adat cuma jangan berlebihan . Emosi marah tidak harus menguasai diri kerana ia hanya akan mendatangkan keretakan dalam hubungan .
Mengikut kajian pakar , hampir 80peratus keretakan dalam perhubungan berpunca apabila perasaan marah dijadikan perasaan utama . Ini berlaku apabila setiap kali wujud krisis dalam hubungan , setiap pasangan akan mula berfikir untuk memutuskan hubungan dan mencari pengganti yang mungkin lebih memahami perasaan diri yang sebenarnya .
Kadangkala masalah kecik diperbesarkan sedangkan masalah itu boleh diselesaikan dengan berbincang antara satu sama lain . Tetapi apabila perasaan marah sudah mula menguasai diri dan hubungan berakhir , lazimnya ia berlaku dengan alasan tiada jodoh dan sefahaman . Memang benar jodoh ditangan Tuhan tetapi kita berhak berusaha agar jodoh kekal bersama orang tersayang . Tetapi jangan hanya sebelah pihak saja berusaha . Usaha mesti dilakukan kedua-dua pihak untuk mendapatkan hasil lebih memuaskan .
Satu lagi perasaan yang harus diatasi adalah cemburu . Tidak salah untuk rasa cemburu tetapi biarlah berpada-pada . Memang benar cemburu tandanya sayang tetapi jangan melampaui batas . Tidakkah rasa sia-sia hubungan yang terjalin sekian lama terputus begitu saja hanya disebabkan perasaan cemburu terhadap pasangan ?
Ramai yang memperkatakan soal cemburu malah pelbagai cara untuk mengekang perasaan cemburu daripada terus menyelubungi hidup . Terdapat dua langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan perasaan cemburu mengawal hidup kita iaitu jujur dan setia . Memang ada perkara yang tidak memungkinkan kita untuk beterus-terang tapi bagi mngelakkan pasangan memikirkan perkara bukanbukan , lebih baik jujur dan berterus terang dengan pasangan bagi mengelakkan perselisihan faham berterusan .
Jika jujur dengan pasangan , sudah pasti dia akan menaruh kepercayaan dan mengekalkan perhubungan itu hingga ke akhir hayat . Kesetiaan juga memainkan peranan penting kerana jika kita sayangkan pasangan , sudah pasti kita juga akan setia padanya . Jika sayangkan seseorang , sudah pasti kita tahu siapa yang ada di hati . Jadi , apabila sentiasa mengingati pasangan , amat mudah untuk kita mengelakkan diri daripada berlaku curang pada pasangan .
Cinta terasa indah apabila kemana saja kita pergi , si dia sedia menemani tetapi terasa pahit apabila kita ternampak pasangan berjalan berdua-duaan bersama insan lain . Apapun jangan biarkan marah dan cemburu terlalu menguasai diri . Berikut sedikit panduan untuk membantu kita menjauhi rasa marah dan cemburu , sekaligus mengekalkan keindahan hubungan bersama si dia :
- Jangan sesekali memungkiri janji .
- Sentiasa jujur kepada si dia kerana wanita atau lelaki memang benci apabila ditipu .
- Beritahu si dia mengenai sesuatu perkara dengan tepat
- Jika si dia dalam keadaan bermasalah , gembirakan hatinya .
- Jangan terlalu mengongkong dirinya kerana dia juga inginkan kebebasan .
- Andai anda jujur , si dia akan setia kepada anda .

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Thanks for reading :)