Haii readers, entry harini aku nak cerita pasal novel baru. Actually aku baru habis baca. Tajuknya LAMAN RINDU, ceritanya boleh tahan best, sedihh, kesian semua ada. Bercampur baur k, so jumm kita scroll down baca sinopsisnya k, hihi
#DI LAMAN INI AKU DUDUK MENYULAM MEMORI KITA
SINOPSIS :......
Sekian lama menyulam kasih, cinta yang kian mekar diikat dengan tali pertunangan. Sejak itu, ASNIDA tidak sabar menantikan hari bahagianya bersama ZAMARUL.
Tanpa diduga, istana yang bakal dibina tiba-tiba dilanda petaka. Dia kecewa apabila ZAMARUL berterus terang telah menikahi MILIA, bekas kekasihnya secara rahsia.
ASNIDA rasa tertipu dengan kecurangan ZAMARUL, Dia menghadapi tekanan emosi dan sering merindui musim cinta mereka yang kini tinggal memori duka. Dia cuba membenci ZAMARUL dan minta pertunangan mereka diputuskan, tetapi ZAMARUL tetap bertegas mahuu meneruskan perkahwinan mereka.
Kehadiran HELMY telah mengisi ruang kosong dihati ASNIDA. HELMY, lelaki yang menghargai kesetiaan seorang wanita. HELMY juga telah mengubati kelukaannya dengan kata-kata semangat. Dalam diam, dia merindui lelaki itu biarpun hatinya sering menidakkan kerana dia masih tunangan orang.
Hubungan ASNIDA dan HELMY telah menjeruk perasaan ZAMARUL. Dia bersemuka dengan HELMY dan memberi kata putus yang ASNIDA tetap akan menjadi miliknya biar apa pun halangannya.
ASNIDA pasrah. Biarlah takdir yang menentukan jalan hidupnya.
NOTAKAKITANGAN : AT THE ENDING, ASNIDA AND HELMY BERSAMA SEMULA SELEPAS ZAMARUL PASRAH INGIN MELEPASKAN ASNIDA WALAUPUN SUKAR KERANA DIA SEDAR ANTARA DIA DAN ASNIDA TAK MUNGKIN AKAN KEKAL. DAN DIA BAHAGIA BERSAMA MILIA DAN ANAKNYA, IRFAN DANIAL.




: siperempuanber-STORY ♥


Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Thanks for reading :)